Oleh Zihan Zari
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menasihatkan orang ramai supaya berhati – hati dan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada badan berwajib mengenai sebarang pinjaman yang hendak dibuat dengan mana-mana syarikat dan badan-badan yang menawarkan skim pinjaman.
SKM dalam kenyataan rasminya memaklumkan bahawa Koperasi Gemilang Usahawan, Koperasi Gemilang Usahawan Malaysia Dana PKS, Koperasi Gemilang Usahawan Malaysia – Dana PKS dan Koperasi Gemilang Usahawan Malaysia – Dana Untuk Perniagaan adalah tidak berdaftar dengan Suruhanjaya.
“Segala penggunaan nama ‘Koperasi’ atau sebarang bahan promosi yang memberi gambaran seolah-olah berdagang, mempunyai urusan atau urus niaga dengan Suruhanjaya oleh pihak – pihak berkenaan adalah tanpa kebenaran dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Suruhanjaya, ”kata kenyataan itu.
“Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia di talian 03-2083 4000 atau http://aduan.skm.gov.my untuk penjelasan lanjut, ”katanya lagi. – SUARA.TV



