“Guan Eng jangan sabotaj Anthony Loke” – Lokman Adam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Lim Guan Eng diingatkan menghentikan gerakan dan tindakan yang menjurus ke arah sabotaj terhadap Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam malah mendakwa ‘kumpulan’ Guan Eng paling banyak merosakkan Kerajaan Perpaduan.

“Kamu tu bekas Menteri Kewangan dan Bekas Ketua Menteri (Pulau Pinang). Nak cakap tu selidiklah dulu.

“You should stop sabotaging Anthony (Loke), setakat ni kumpulan kamu yang paling banyak merosakkan Kerajaan Perpaduan,” dakwa Lokman dalam hantaran di Facebooknya.

Ini sebagai respons balas terhadap kritikan Guan Eng terhadap Umno kerana berganding bahu dengan Pas bagi mengadakan perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak minggu depan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan Umno menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lokman berkata, Guan Eng sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut sekali gus menafikan Umno mahu berhimpun dengan Pas di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya pada 6 Januari 2025.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan berkata, perhimpunan Solidariti Najib Razak tersebut anjuran Umno dan diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Pas nak berhimpun juga itu hak mereka. Bila masa kita nak berhimpun sekali dengan Pas,” tegas Lokman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat