Penduduk Gaza Buat Kutipan Derma Kilat Untuk Mangsa Banjir Malaysia – CGM

- Advertisement -

GAZA – Penduduk Gaza bertindak mengadakan kutipan derma kilat untuk mangsa banjir di Malaysia.

Perkara itu diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharu beliau di Facebook.

“Saya terkejut dan terharu mengenangkan bahawa staf kami di sini tidaklah senang, dengan kos sara hidup tinggi gaji mereka cukup-cukup makan untuk memberi keperluan dapur, membayar yuran pengajian, menanggung keperluan anak-anak dan lain-lain.

“Tetapi mereka tetap sanggup memberikan sebahagian harta untuk Malaysia, kerana Malaysia tidak pernah berhenti membantu Palestin.

“Saya bersyukur kerana inilah ukhuwah yang telah berjaya kita bina, inilah semangat kekeluargaan ummah yang perlu dikecapi semula,” katanya.

Menurutnya, sumbangan mereka berjumlah RM3,500 akan dimasukkan untuk tabung pemulihan pasca banjir penduduk.

“Mewakili Malaysia, terima kasih anak-anak buah CGM di Gaza. Tahun 2022 tahun kesatuan ummah,” jelasnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat