444 Kes Positif Covid-19 Dikesan Di Kalangan Mangsa Banjir – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sehingga pukul 3 petang tadi, sebanyak 444 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir dengan dua daripadanya merupakan kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dilaporkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) pula adalah sebanyak 15 kes serta tiada kes baharu dilaporkan.

“Selain itu, jumlah kluster Covid-19 di PPS kekal satu kluster dengan tiada pertambahan kluster baharu hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak empat kes penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut iaitu tiga kes semasa yang menyumbang kepada 1,185 kes kumulatif dan penyakit kulit iaitu satu kes semasa dengan 1,708 kes kumulatif.

Katanya lagi, sebanyak 57 PPS masih beroperasi di Pahang (32), Kelantan (17), Selangor (4), Terengganu (3) dan Negeri Sembilan (1) dengan jumlah mangsa banjir terjejas seramai 4,520 orang. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat