Raja Permaisuri Murka, Gesa Tindakan Ke Atas Individu Ubah Suai Gambar Agong

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tuanku Raja Permaisuri Agong hari ini menzahirkan rasa murka terhadap hantaran gambar ubahsuai di media sosial yang didapati sengaja menghina wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah pemilik akaun yang menggunakan nama ‘bukan_bangjago’ itu perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja. Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan,” titah Tunku Azizah di Instagram baginda hari ini.

Tinjauan SuaraTV di beberapa laman Facebook mendapati ramai netizen turut menyuarakan rasa marah dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Daulat Tuanku. Ampun Tuanku. Semoga tindakan undang2 dan sewajarnya d kenakan ke atas mereka yg biadap dan kurang ajar itu. Tiada maaf. Kena kan hukuman. Jangan sesekali terima maaf mereka yang biadap dan kurang ajar ini,” kata TkHamzah Raff.

Tolonglah pihak berkuasa ambil tindakan tangkap orang yang kurang ajar macam ni, kalau dibiarkan mereka2 ini (akan) makin menjadi. Bimbang akan lagi ramai yang muncul dikemudian hari,” komen Ina Yusof pula.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed mengesahkan laporan polis telah diterima dan siasatan sedang dijalankan terhadap perbuatan pemilik akaun tersebut.

“Melalui akaun tersebut, suspek telah memuat naik gambar-gambar yang telah diubahsuai mengandungi wajah YDPA, lagu Negaraku yang telah diubahsuai liriknya dan gambar bendera Malaysia yang mempunyai simbol komunis.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan terbaharu petang tadi.

Menurut beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang lebih bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat