MKN Luluskan Pelajar IPT Kembali Ke Kampus 1 Mac 2021 – Dr Noraini

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu...

Nazri Aziz positif Covid-19

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19. Malaysiakini melaporkan, Nazri berkata dia membuat...

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

Malaysia bergerak ke belakang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggambarkan Malaysia kini bergerak ke belakang. Katanya, dari sebuah negara demokrasi namun ketika ini bertukar...

Apa salahnya bagi diskaun elektrik masa PKP

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan syor kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memberikan diskaun elektrik kepada rakyat...

KUALA LUMPUR – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Dis lepas telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membenarkan pelajar tempatan institusi pendidikan tinggi (IPT) kembali ke kampus masing-masing secara berfasa seawal 1 Mac 2021.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata bagi pelajar dari zon merah, kemasukan adalah 10 hari lebih awal untuk menjalani proses pengasingan demi memastikan mereka bebas COVID-19.

“Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan membenarkan kemasukan ke IPT secara fizikal adalah bagi membolehkan pelajar tempatan serta antarabangsa mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara bersemuka dan dalam talian.

Katanya keputusan itu juga selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kualiti pendidikan tinggi negara terjamin.

Noraini berkata KPT menyeru agar pelaksanaan aktiviti akademik di kampus dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan selain mengamalkan pembudayaan kebiasaan baharu seperti sentiasa memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan menjaga penjarakan fizikal.

Beliau berkata MKN juga telah meluluskan cadangan KPT untuk membenarkan kemasukan semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu di institusi pengajian tinggi awam dan swasta kecuali dari United Kingdom seawal 1 Jan 2021.

Katanya pelajar terbabit perlu memenuhi syarat kuarantin wajib selama 10 hari sebelum masuk ke kampus.

Para pelajar boleh menghubungi bilik gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/6623/6124, melayari laman sesawang IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh dan jadual kemasukan mereka. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu...

Apa salahnya bagi diskaun elektrik masa PKP

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan syor kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memberikan diskaun elektrik kepada rakyat...

UMNO tak akan mereput, Puad beritahu Annuar

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menyelar Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa parti itu akan luput...