Kesejahteraan Rakyat Malaysia Meningkat, Kata Ketua Perangkawan Negara

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang...

PUTRAJAYA – Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) meningkat 0.6 peratus kepada 121.0 mata indeks tahun lalu berbanding 120.3 mata indeks pada 2018, yang disumbangkan oleh pertumbuhan positif kesejahteraan ekonomi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2019.

“Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan kesejahteraan ekonomi iaitu 2.3 peratus kepada 131.8 mata indeks pada 2019 berbanding 128.8 mata indeks pada 2018.

“Bagaimanapun, kesejahteraan sosial menurun 0.6 peratus daripada 115.6 mata indeks pada 2018 kepada 114.9 mata indeks pada 2019,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Laporan IKRM diterbitkan untuk mengukur tahap kesejahteraan rakyat Malaysia daripada perspektif ekonomi dan sosial yang terdiri daripada lima komponen ekonomi dan sembilan komponen sosial.

Lima komponen ekonomi ialah pengangkutan, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan serta persekitaran kerja manakala sembilan komponen sosial ialah perumahan, hiburan dan rekreasi, keselamatan awam, penyertaan sosial, tadbir urus, kebudayaan, kesihatan, alam sekitar dan keluarga.

IKRM yang mengukur perkembangan kesejahteraan rakyat juga menunjukkan kesejahteraan ekonomi telah meningkat dengan signifikan berbanding kesejahteraan sosial bagi tempoh 2000 hingga 2019.

Mohd Uzir berkata kesemua lima komponen ekonomi dan enam daripada sembilan komponen sosial tumbuh dengan positif tahun lepas.

Beliau berkata tiga indeks tertinggi dalam kesejahteraan ekonomi adalah komponen pengangkutan (139.6 mata indeks), diikuti komponen pendidikan (133.2 mata indeks) dan komunikasi (130.9 mata indeks).

“Manakala dari segi kesejahteraan sosial pula, tiga indeks tertinggi ialah hiburan dan rekreasi (132.5 mata indeks), keselamatan awam (132.3 mata indeks) dan tadbir urus sebanyak 122.7 mata indeks,” katanya.

Pengiraan IKRM 2019 mengambil kira 68 indikator meliputi 26 indikator ekonomi dan 42 indikator sosial.

Selaras dengan keperluan dan situasi semasa, laporan ini telah ditambahbaik dengan penambahan satu indikator baharu iaitu penyakit berjangkit dalam komponen kesihatan.

IKRM dijadikan tanda aras penting dalam penggubalan dasar dan program ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan.

Bagi memastikan kehidupan dan kesejahteraan rakyat terus diberikan perhatian, Jabatan Perangkaan Malaysia akan membuat kajian bagi pembangunan Malaysia Human Development Index (MHDI) dan Malaysia Happiness Index (MHI) pada tahun hadapan. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

“Terima Kasih UAE” Kata Hishammuddin

CYBERJAYA: Sumbangan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan terima kasih daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin...

PERMAI masih belum cukup bantu rakyat : Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap PERMAI masih kurang aspirasi dalam membantu rakyat supaya kekal tenang di rumah sekali...