Jangan Berputus Asa, Semangat kebersamaan ialah kekuatan kita – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta rakyat Malaysia agar tidak berputus asa walaupun sepanjang tahun 2020 sarat dengan pelbagai ujian yang dilalui.

Apabila negara mengalami ujian seperti penularan pandemik Covid-19 ini, sebahagian ujian ini amat berat untuk ditanggung oleh kita semua rakyat Malaysia katanya.

Katanya, dengan ujian tersebut sebahagian daripada kehilangan insan tersayang, dibuang kerja, ada perniagaan yang gulung tikar, anak-anak tidak dapat belajar untuk menuntut ilmu di sekolah dan universiti seperti biasa.

“Apa jua takdirnya, saya harap kita tidak putus asa dan harapan. Kita telah lalui pelbagai ujian sebelum ini dan kita telah buktikan kita rakyat Malaysia yang tabah.

“Mengalah bukanlah pilihan yang kita ada. Semangat kebersamaan ialah kekuatan kita.

“Kekuatan inilah yang mesti kita manfaatkan demi memastikan Covid-19 mahupun apa jua ujian, tidak menghalang langkah kita membina masa depan anak-anak, keluarga dan negara kita,” katanya melalui kenyataan ucapan tahun baru 2021 di media sosialnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin mengucap terima kasihnya kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan mereka demi negara untuk tahun 2020.

“InsyaAllah, berkat kecekalan, usaha dan doa kita semua, semoga tahun 2021 menjadi tahun yang lebih baik. Mudah-mudahan.

“Selamat tahun baru 2021. Saya doakan semoga kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah SWT,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat