Honda Madness 2026 Himpun Peminat Kereta Honda di Klang Hujung Minggu Ini

KLANG, – Peminat kereta Honda bakal berhimpun dalam acara Honda Madness Showcase 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula esok di AEON Mall Bukit Tinggi, Klang.

Program anjuran Sutera Qaseh Resources itu akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November 2026, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, bertempat di kawasan parkir tertutup Aras 4 pusat beli-belah berkenaan.

Acara tersebut bakal menampilkan pelbagai model kereta Honda yang telah diubah suai, sekali gus memberi peluang kepada peminat automotif berkongsi minat, kreativiti dan pengalaman dalam dunia modifikasi kenderaan.

Menurut penganjur, Honda Madness Showcase 2026 bukan sekadar pameran kereta, sebaliknya menjadi platform menghimpunkan komuniti peminat Honda daripada pelbagai latar belakang dalam suasana santai dan penuh semangat setiakawan.

Program itu turut bertujuan memupuk disiplin pemanduan, menggalakkan perkongsian pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya serta meningkatkan kesedaran terhadap amalan modifikasi kenderaan yang selamat dan bertanggungjawab.

Selain mengetengahkan kreativiti pemilik kenderaan, penganjuran acara berkenaan diharap dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti permotoran serta membentuk budaya automotif yang positif.

Persiapan acara termasuk pendaftaran peserta dan kemasukan kenderaan pameran dijadualkan berlangsung hari ini, 30 Oktober, sebelum pameran dibuka kepada pengunjung pada Sabtu dan Ahad.

Honda Madness Showcase 2026 dijangka menjadi medan pertemuan peminat Honda dan penggemar automotif sekitar Lembah Klang yang ingin melihat secara dekat pelbagai gaya modifikasi serta keunikan kenderaan yang dipamerkan. — SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat