Mesyuarat IAEA/RCA RAS1028 kukuhkan kedudukan Nuklear Malaysia di Asia Pasifik

Oleh Zihan Zari

BATU FERRINGHI – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah memperkukuh kedudukannya di peringkat Asia Pasifik melalui penganjuran mesyuarat akhir Projek IAEA/RCA RAS1028 bertajuk “Improving the Quality Management Practices in Radiation Processing Facilities for Better Performance and Applications.”

Projek IAEA/RCA RAS1028 sebagai bukti bahawa negara-negara Asia Pasifik mampu bekerjasama untuk meningkatkan standard kualiti dalam fasiliti pemprosesan sinaran, kata Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Penyelaras Akhir Projek IAEA/RCA RAS1028
di DoubleTree Resort by Hilton Penang, Jalan Low Yat, dekat sini baru-baru ini.

Dr. Muhammad Rawi berkata Projek IAEA /RCA RAS1028 bukan sahaja memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi, tetapi turut memacu inovasi serta pertumbuhan industri berkaitan.

Menurut beliau, projek empat tahun ini, yang bermula pada tahun 2022, memberi tumpuan kepada peningkatan amalan pengurusan kualiti dan sistem dosimetri bagi kemudahan pemprosesan sinaran agar menepati keperluan akta, standard dan perundangan antarabangsa.

“Malaysia, melalui Nuklear Malaysia, telah diberi kepercayaan sebagai Lead Country Coordinator (LCC) yang memperkukuh peranan pentingnya sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) berteraskan teknologi nuklear untuk kegunaan aman.

“Antara hasil utama projek ini ialah kejayaan merapatkan jurang pembangunan industri pemprosesan sinaran antara negara-negara anggota di rantau Asia Pasifik, ”katanya.

“Selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN 2030), Nuklear Malaysia kekal komited memperkukuh peranan teknologi nuklear sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara.

“Fokus projek ini, meliputi peningkatan kepakaran sumber manusia, pengukuhan sistem pengurusan dan kawalan kualiti, serta perluasan aplikasi teknologi penyinaran industri yang selamat, cekap dan menepati piawaian antarabangsa,”ujarnya.

Tegasnya, komitmen berterusan Nuklear Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai hab sains, teknologi dan inovasi serantau.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nuklear Malaysia sebagai Lead Country Coordinator (LCC) dalam menyelaras aktiviti projek dan kerjasama antara negara anggota.

Dalam pada itu, mesyuarat ini turut mendapat kerjasama dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menghimpunkan wakil daripada 14 negara anggota, termasuk Bangladesh, Kemboja, Indonesia, India, Filipina, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Antara objektif utamanya, membentangkan aktiviti dan hasil yang dicapai sepanjang tempoh projek.

Malaysia turut diberi mandat mengetuai pembangunan dokumen senarai semak bagi keperluan pensijilan kemudahan penyinaran, yang akan menjadi rujukan penting bagi penambahbaikan amalan kualiti di peringkat serantau.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat