Kor Ming tunjuk sisi angkuh Menteri Kerajaan Madani- Armada Bersatu

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menyelar tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming terhadap pengamal media Utusan Malaysia kerana mengeluarkan perkataan intimidasi (“I will remember, I will call your chief editors”) menunjukkan sisi angkuh seorang anggota Kabinet Kerajaan Madani.

Ketua Penerangan Armada Harris Idaham Rashid berkata, tambahan lagi Menteri tersebut juga menyebut “I don’t want you to come here then highlight the thing you spoil the entire thing I will hold Utusan I will call your chief editors”.

“Mengapa Menteri terlalu defensive apabila ditanya mengapa nama projek ini “I Lite u” menggunakan Bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu? Seolah olah Menteri tidak mahu memperkasakan Bahasa Melayu.

“Perlu diingatkan bahawa Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara dan Bahasa rasmi di Malaysia,” bidas Harris Idaham dalam kenyataannya pada Jumaat.

Ujar beliau lagi, penjelasan yang diberi oleh Menteri tersebut sangat dangkal dan tidak masuk akal berkenaan dengan tahun 2026 merupakan tahun melawat Malaysia maka pengunaan Bahasa Inggeris menjadi penting untuk pelancong rasa “sense of belonging”.

Justeru kata beliau, Armada ingin menegaskan bahawa pelancong yang datang ke negara ini ingin melihat identiti Malaysia, kekayaan budaya, kemajmukan masyarakat dan budi pekerti adat ketimuran.

“Sebagai Negara kita perlu berbangga dengan Bahasa Kebangsaan khususnya dalam menamakan tempat tarikan pelancong. Sebagai contoh Perancis menamakan Champs-Élysées dan Musée du Louvre sebagai tempat menarik dan terbukti jutaan pelancong daripada seluruh dunia membanjiri tanpa memahami maksud nama tersebut.

“Armada mengecam keras tindakan Kor Ming yang tidak menghormati pengamal media dan seolah– olah mahu menghukum wartawan tersebut kerana bertanyakan soalan yang bagi kami amat relevan.

“Selain itu, Armada juga menyeru agar agensi/portal berita menunjukan semangat comradeship untuk tidak memberi liputan kepada Menteri tersebut supaya menjadi pengajaran kepada beliau dan juga pemimpin lain.

“Sesungguhnya, perbuatan sedemikian tidak ada ruang dalam dunia kewartawanan pada tahun 2025,” tempelak beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat