Rumah Presiden MIC dikunjungi Perdana Menteri dan kenamaan sempena perayaan Deepavali

- Advertisement -

SHAH ALAM – Rumah Presiden Kongres India Malaysia (MIC) Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran meriah dikunjungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin politik negara sempena perayaan Deepavali hari ini.

Seawal 9.50 pagi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir antara yang pertama tiba di rumah beliau di Kota Kemuning dekat sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar jam 10 pagi serentak dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain pemimpin kerajaan, turut hadir ialah pimpinan komponen BN seperti Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Pada sebelah tengahari pula Vigneswaran menerima kehadiran bekas Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan bekas Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.

Selain kenamaan, sambutan Deepavali rumah beliau turut dimeriahkan oleh rakyat pelbagai kaum dan sanak saudara.

Sementara Vigneswaran mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negara yang sudi hadir ke rumah beliau dan meraikan perayaan Deepavali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat