Anwar ucap tahniah,ikrar taat setia kepada Sultan Johor dan Sultan Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan Rakyat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sempena pemilihan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII (Ke-17).

Anwar selaku Ketua Majlis Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat berkata, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas) pada Jumaat, 27 Oktober 2023 telah mengisytihar keputusan pemilihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama tempoh 5 tahun mulai 31 Januari 2024.

“Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini turut dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas pemilihan Baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya yakin kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan yang bertambah daripada pemerintahan seorang Raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata dan negara,” ucap Anwar pada Selasa.

Tambah beliau lagi, sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, beliau amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan.

“Daulat Tuanku. Sembah Takzim daripada saya dan seluruh ahli Dewan yang mulia ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat