“Umno bila lemah mesti cari PAS, jadi pastikan mereka kalah” – Khairil Nizam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS akan memastikan Umno kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana apabila dalam keadaan lemah Umno akan mencari PAS untuk bersahabat semula.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin menegaskan PAS dan Bersatu akan bertembung di kebanyakan kerusi yang dicabar Umno pada PRU kali ini.

“Presiden PAS, (Tan Sri Abdul Hadi Awang) telah menegaskan kita akan bertembung dengan Umno dalam PRU kali ini dan pertembungan kita ini pertembungan yang realiti bukan fantasi.

“Tempat dia (Umno) bertanding , kita akan bertanding, Bersatu juga akan bertanding. Kita akan bertembung dengan mereka.

“Kerana apa? Kerana kita nak hilangkan kekuatan dan keangkuhan dia (Umno). Kita kena menang, Sebab bila dia lemah, dia akan kembali kepada kita
untuk menjadikan kita sebagai sahabat,” ujar Khairil Nizam.

Pun begitu, beliau mengingatkan sekiranya hasrat PAS dapat direalisasi mereka tidak akan sesekali menzalimi pimpinan Umno.

“… dan pada waktu itu, kita (PAS) tidak akan menzalimi dia (UMNO). Sebab apa? Sebab kita adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Sejarah membuktikan apabila Umno lemah, PAS lah yang menjadi tempat untuk mereka menyelamatkan diri.

“Bahkan, sejarah membuktikan mana-mana mereka yang dizalimi oleh Umno mencari perlindungan daripada PAS…mereka akan dilindungi oleh PAS. Inilah PAS sebuah parti Islam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat