Wakil rakyat pro Ismail Sabri disingkir?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bahang kehangatan penamaan calon 5 November ini semakin terasa apabila berlakunya drama nama sangkut atau disingkir.

Paling menjadi tumpuan ialah senarai calon yang bakal dinamakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini dan desas-desus mengatakan wakil-wakil rakyat pro Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi dicalonkan.

Sumber yang rapat dengan wakil rakyat digugurkan memberitahu Suara.TV kononnya ramai Menteri Kabinet Ismail Sabri tersingkir daripada senarai calon BN.

“Difahamkan nama-nama penyandang Parlimen yang tersingkir ialah Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar),  Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Halimah Mohamad Sadique  dan juga Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).

“Selain itu, dipercayai nama Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Maran) dan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Jempol) juga tidak sangkut dalam senarai calon BN,” ujarnya.

Sumber itu juga memberitahu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bakal menggantikan Datuk Halimah Mohamad Sadique di Parlimen Kota Tinggi.

“Manakala, Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan dikhabarkan akan berentap di Parlimen Padang Besar menggantikan Zahidi,” dakwanya.

Susulan spekulasi ini, nampaknya Umno seolah-olah mungkir janji kononnya mahu mengekalkan mereka yang menang pada PRU lepas. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat