Tidak Tercalon, Bilik Gerakan BN Arau Ditutup?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Datuk Seri Shahidan Kassim malam ini mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu bilik gerakan BN di Arau ditutup.

Sambil mengatakan ia kali pertama dalam sejarah, Shahidan yang merupakan penyandang Parlimen Arau memberitahu ia juga merupakan malam yang menyedihkan.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup dan bendera diturunkan.

“Kali pertama dalam sejarah, ” tulisnya di Facebook malam ini tanpa memberi penjelasan lanjut.

Suara.TV sedang cuba mendapatkan komen lanjut daripada Shahidan, namun tidak berjaya.

Tindakan itu difahamkan ada kaitan dengan pemilihan calon untuk bertanding pada PRU-15.

Sebelum ini, penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ramai calon menang khabarnya ‘dipancung’ terutamanya yang dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Annuar menegaskan tidak akan meminta-minta atau melobi pucuk pimpinan Umno supaya menamakan beliau sebagai calon PRU.

Beliau sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon yang difikirkan layak dan mampu membawa kemenangan kepada BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat