Zahid Umum Calon BN Malam Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) nampaknya sudah selesai memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding mewakili parti itu.

Majlis Pengumuman Calon BN akan diadakan pada Selasa, 1 November 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

Pengumuman senarai calon BN akan disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Juga dalam surat jemputan itu, hadirin yang hadir melibatkan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Exco Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri), calon BN serta kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian diminta memakai baju rasmi BN warna biru.

Difahamkan sejak dua hari lalu, calon-calon yang terpilih bertanding atas tiket BN sudah dipanggil untuk menandatangani dokumen dan surat Aku Janji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat