Amanah Sedih Tanjung Piai Diserah Kepada MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amanah Johor kecewa dengan pendirian pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai untuk ditandingi Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Johor, Mazlan Aliman mendesak agar PH mengadakan rundingan semula kerusi Tanjung Piai dengan hasrat ia dikembalikan kepada Amanah seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Keputusan Majlis Presiden PH menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada MUDA, mengulangi detik hitam di DUN Puteri Wangsa, juga kepada MUDA.

“Meskipun penegasan telah diberikan kepada pimpinan khususnya kepada Presiden dan Timbalan Presiden Amanah, ia gagal dipertahankan,” kata Mazlan dalam kenyataan pada Isnin.

Ini susulan MUDA pada Sabtu lalu mengumumkan akan berentap di Parlimen Tanjung Piai dengan menempatkan peguam muda, Lim Wei Jiet.

Dalam pada itu, Mazlan juga turut mengungkit kerusi pinjam di Parlimen Ayer Hitam pun gagal diambil semula dan nampaknya, ia menjadi milik DAP ‘buat selama lamanya’.

“Berbeza PKR dan DAP, kepimpinan Amanah begitu lemah dalam menangani rundingan kerusi yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.

“Sementara hari penamaan calon 5 November ini masih berbaki beberapa hari lagi, keputusan di Parlimen Tanjung Piai, mesti dirunding semula. Kembalikan kepada parti Amanah Negara seperti mana yang diputuskan sebelum ini.

“Amanah Negeri Johor mesti dilihat mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi ini,” katanya.

Beliah malah mengingatkan mandat kepimpinan diperolehi daripada ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan.

“Bahkan, mereka yang bertungkus lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihanraya.

“Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan rakan DAP, PKR dan MUDA,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat