PerantiSiswa, ketersambungan telekomunikasi komitmen Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 342 pelajar tingkatan 6 di Parlimen Pensiangan, Keningau menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia ini diharapkan akan dapat meringkankan beban keperluan pendidikan khususnya bagi pelajar tingkatan 6 dan seterusnya menjadi pembakar semangat untuk para pelajar tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau menyifatkan bantuan PerantiSiswa ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Keluarga Malaysia untuk membantu dan memastikan faktor-faktor kewangan seperti keperluan untuk membeli peranti tidak akan menjadi penghalang kepada para pelajar untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Dalam pada itu, Arthur turut berpesan kepada penerima PerantiSiswa untuk menjaga amanah yang diberikan dan manfaatkan peranti percuma tersebut bagi tujuan memudahkan pengajian.

“Sebanyak 342 peranti telah diluluskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi Parlimen Pensiangan dan diserahkan kepada para pelajar di tiga buah sekolah iaitu SMK Keningau sebanyak 103 unit, 125 unit di SMK Nabawan dan SMK Sook sebanyak 114 unit.

“Kerajaan Keluarga Malaysia meletakkan ketersambungan telekomunikasi sebagai salah satu keutamaan kerajaan khususnya di kawasan pedalaman dan ini telah dibuktikan dengan pembinaan baharu 46 menara dan menaik taraf 44 menara telekomunikasi di Parlimen Pensiangan sahaja.

“Dengan adanya capaian internet dan program PerantiSiswa ini, ianya akan membantu memudahkan lagi sistem pembelajaran secara atas talian para pelajar di samping membolehkan para belia mengikuti perkembangan semasa dengan lebih mudah” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau menegaskan keperluan dunia moden pada masa ini adalah peranti dan beliau meletakkan keyakinan Kerajaan Keluarga Malaysia akan dapat memperluaskan lagi inisiatif ini sekiranya diberi peluang di masa akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat