PH tak perlu kerjasama dengan Tun M, tegas Rafizi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan, Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hanya untuk meraih sokongan orang Melayu.

Ini kerana, menurutnya, berdasarkan data yang diperolehi, bekas perdana menteri itu tidak membawa undi Melayu kepada PH pada pilihan raya umum sebelum ini.

“(Ketika itu) dirasakan Mahathir boleh membawa sokongan Melayu dan saya menjejaki jumlah itu setiap bulan sejak 2016.

“Tiada apa-apa yang mencadangkan Mahathir bersama-sama PH (pada PRU14) telah membawa gelombang sokongan Melayu (untuk PH),” katanya lapor Malaysiakini.

Calon Parlimen Pandan dari PKR itu berkata lagi, angka sokongan Melayu kepada PH kekal tidak berubah selama beberapa bulan selepas Mahathir dan Parti Bersatu menyertai gabungan itu pada 2016.

Ia hanya mula meningkat menjelang akhir 2017, katanya.

“Tetapi kami benar-benar mula melihat perubahan itu hanya dalam tiga minggu terakhir pilihan raya, jadi ia sebenarnya bukan mengenai Mahathir atau sesiapa.

“Ia adalah kerja terkumpul selama dua hingga tiga dekad untuk meyakinkan orang ramai bahawa boleh ada kerajaan yang lebih baik dengan rancangan yang lebih baik untuk negara,” kata Rafizi.

Bekas ahli parlimen Pandan itu menegaskan bahawa jelas daripada prestasi pakatan pembangkang sepanjang pilihan raya umum sebelum ini bahawa rakyat semakin tertarik kepada mereka.

Mahathir cukup bijak untuk menyedari potensi PH pada masa itu, katanya.

“Mahathir adalah ahli politik yang berpengalaman. Dia tahu mengenai perkara yang berlaku, terutamanya selepas 2013 apabila Pakatan Rakyat memenangi undi popular, ia cuma menunggu masa sebelum mereka ini (pembangkang) menolak dan melepasi garisan itu,” kata Rafizi.

Walaupun tidak menentang idea untuk menjadi inklusif, Rafizi berkata beliau sentiasa menentang cadangan Parti Bersatu untuk menyertai PH sejak awal lagi.

Rafizi berkata Parti Bersatu tidak sesuai dengan imej PH.

Justeru, ketika ditanya jika ada peluang atau keperluan untuk PH bekerjasama dengan Mahathir sekali lagi pada PRU-15, Rafizi memberikan jawapan yang jelas “tidak.”

Ia selepas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang berasa hairan dengan keputusan PH enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Khalid berkata Amanah berpendirian parti pembangkang seharusnya bekerjasama dalam menghadapi PRU-15 pada 19 November ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat