Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

- Advertisement -

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan memakai pakaian perlindungan diri, lapor agensi berita tempatan CNA.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Chen Tsung-yen berkata, mereka tidak diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di negara itu berikutan telah memakai sut pelindung diri.

“Mereka masih lagi perlu memakai pelitup muka setiap masa apabila berada di tempat awam dan diarahkan supaya menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sekali,” katanya.

Sementara itu, mangsa yang dikenali dengan nama keluarga Chung, berumur 24 tahun merupakan seorang pelajar di Universiti Kristian Chang Jung di Selatan Tainan ditemui mati di dalam hutan di daerah Alian.

Menurut Ketua Polis Bandar Tainan, Yang Ching-yu, mangsa diculik seorang lelaki berhampiran kampus pelajar itu sekitar pukul 8 malam Rabu lalu, iaitu lokasi terakhir dia dilihat masih hidup.

“Pihak berkuasa berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Liang berumur 28 tahun selepas menemui sebuah kereta yang terdapat kesan darah dan beg berisi pakaian dalam wanita.

“Selepas disoal siasat, suspek mengaku menjerut leher mangsa dengan seutas tali sebelum mencampakkan mayatnya di kawasan lereng bukit di bandar Kaohsiung,” katanya.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa didapati tidak mengenali suspek dipercayai sering memburu wanita yang berjalan sendirian di kawasan sunyi berhampiran landasan kereta api.

Ching-yu berkata, suspek mengaku menculik mangsa bertujuan untuk merogol pelajar berkenaan.

Kes berkenaan telah diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Ciaotou untuk siasatan lanjut. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat