Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di Wilayah Persekutuan Labuan yang terkesan dengan Covid-19 dan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menterinya, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 ialah untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Labuan, adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan mudah terjejas akibat kegawatan ekonomi dan pandemik Covid-19.

“772 penyewa premis niaga milik PL dikecualikan bayaran sewa selama 3 bulan Oktober hingga Disember 2020 yang melibatkan pengurangan hasil kepada PL berjumlah RM518,055.00.

“468 orang peniaga kecil dan peniaga pasar awam milik PL juga dikecualikan bayaran bagi pembaharuan lesen perniagaan peniaga kecil dan pasar awam bagi tempoh tiga (3) bulan bermula Oktober hingga Disember 2020 yang melibatkan pengurangan hasil sebanyak RM25,275.00 kepada PL,” jelas beliau melalui kenyataan media Kementerian Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Annuar Musa juga mengumumkan penyewa-penyewa perumahan awam milik PL turut dikecualikan bayaran sewa perumahan bagi tempoh Oktober hingga Disember 2020. Dimana pengeculian ini melibatkan seramai 617 penyewa. Pengeculian pembayaran sewa selama tiga bulan melibatkan pengurangan hasil kepada PL berjumlah RM518,055.00.

Disamping itu jelas beliau lagi, 108 lot tanah milik PL yang dipajakkan kepada 85 syarikat diberi diskaun sebanyak 30 peratus utuk tempoh Oktober hingga Disember 2020. Pemberian diskaun ini telah mengurangkan hasil kepada PL RM592,360.00.

Dalam pada itu,Yayasan Wilayah Persekutuan akan menyumbangkan baucar bantuan buku latihan sekolah bernilai RM100 secara one-off kepada 2000 pelajar sekolah daripada keluarga miskin di Labuan.

“Baucar ini boleh digunakan di koperasi sekolah masing-masing untuk pembelian buku-buku latihan dan alat tulis bagi sesi persekolahan tahun hadapan,

“Bayaran diskaun kompaun juga diberikan pada kadar tetap RM15 sahaja sepanjang PKPB sehingga 31 Disember 2020 kepada warga WP Labuan,” katanya lagi.

Annuar juga memberitahu sebanyak RM3,000.00 secara one-off diberikan kepada 1 Zon dan 5 Sub Zon Majlis Perwakilan Pendudu WP Labuan melibatkan peruntukkan berjumlah RM18,000.00 bagi melaksanakan program-program pencegahan Covid-19 dalam komuniti.

“Peruntukkan sebanyak RM200,000.00 diperutukkan program nyah kuman dan aktiviti-aktiviti disinfeksi serta pembersihan menyeluruh disemua kawasan awam WP Labuan,

“Kementerian dan Agensi juga sedang merangka mekanisma yang lestari bagi jangka masa yang panjang yang diperlukan dalam usaha memastikan ekonomi terus mampan dan Wilayah Persekutuan sifar Covid-19 dapat dicapai,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat