Tun Mahathir memang tidak dijemput secara rasmi, amalan sejak 2018 – KSU

PUTRAJAYA, – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memang tidak menerima jemputan rasmi untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.

Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menjelaskan perkara itu selaras dengan tatacara pengurusan jemputan yang diamalkan sejak 2018, apabila jemputan ke sambutan berkenaan tidak lagi dipanjangkan secara automatik kepada bekas Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, perkara itu disahkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri.

“Berdasarkan amalan sejak tahun 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri.

“Walau bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penjelasan itu dikeluarkan susulan beberapa pertanyaan berhubung kehadiran Dr Mahathir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pagi tadi.

Dalam pada itu, Urus Setia turut memaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah menerima permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara daripada Dr Mahathir bagi tempoh 28 hingga 31 Ogos 2026.

Permohonan tersebut telah diluluskan Perdana Menteri selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 merakamkan penghargaan atas perhatian dan pemahaman semua pihak berhubung perkara berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat