Azizulhasni Awang lega apabila khidmatnya masih diperlukan negara

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang berasa lega apabila menerima e-mel daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang menyatakan khidmatnya untuk kontinjen negara masih diperlukan.

Sebelum ini, Azizulhasni masih dalam penantian tentang masa depannya dalam misi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) menerima berita berkenaan sebaik selesai menjalani sesi latihan trek hari ini, kebetulan pada hari Hari Kemerdekaan ke-69.

Bagi dirinya, ketika ini, fikirannya masih dihimpit persoalan tentang masa depannya.

“Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos, Hari Kebangsaan ke-69. Saya baru buka e-mel di trek selepas sesi latihan selepas seminggu. Memang sepanjang minggu ini saya tidak boleh berlatih. Bila pergi berlatih, fikiran saya kosong.

“Saya buka e-mel dan terima e-mel daripada KBS dan MSN bahawa mereka masih memerlukan khidmat saya. Saya tunggu sebelum saya ke Sukan Komanwel (Glasgow 2026) lagi dan Alhamdulillah, hari ini saya mendapat jawapan itu,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam laman social Facebooknya.

Menurutnya, tidak semua orang akan memahami apa yang dirasakannya tetapi hanya atlet sebenar yang betul-betul berkorban untuk negara akan dapat memahami.

Dalam perkembangan berkaitan, pengesahan KBS dan MSN itu memberikan laluan lebih jelas buat Azizulhasni untuk meneruskan kempen memburu tiket LA28, selepas sebelum ini statusnya menjadi persoalan sehingga mencetuskan perdebatan mengenai hala tuju skuad berbasikal trek negara.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya tidak pernah minta seorang pun untuk menyokong atau membantu saya, tetapi saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tampil menyokong saya.

“Walaupun melalui teks dan komen, ia membawa makna yang besar dan impak yang besar. Terima kasih kepada semua yang berada di belakang saya. Alhamdulillah, syukur Allah bantu saya dan bantu semua,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat