PAROI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) menang sekali gus kekal memerintah Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada Sabtu.
Keyakinan Anwar itu bersandarkan kepada kerja keras pemimpin dan jentera (PH) sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan berlangsung.
“Kita sudah kerja sebaik mungkin. Insya-Allah kita yakin dapat mencatatkan kemenangan.
“Yang penting, kita tentu selepas itu dalam keadaan terkawal, baik, kerjasama semua pihak,” katanya optimis.
Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR itu bagaimanapun menyerahkan soal jangkaan berapa kerusi menang kepada Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Itu saya kena tanya Aminuddin dulu, kita yakin dapat cipta kemenangan,” katanya ketika ditemui media selepas Solat Jumaat di Masjid Paroi Jaya.



