Muzium Penjara Malaysia raih tempat pertama Reruai Paling Popular FHMAPK 2025

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Muzium Penjara Malaysia berjaya meraih tempat pertama Reruai Paling Popular Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2025 di antara 29 reruai termasuk dari Singapura dan Indonesia dengan membawa pulang wang tunai RM 2,500.

Pengarahnya, Supt. Aswari Che Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada penilai-penilai yang memilih Muzium Penjara Malaysia tempat pertama Reruai Paling Popular FHMAPK 2025.

Aswari berkata, sepanjang festival berlangsung, reruai Muzium Penjara Malaysia telah mendapat sambutan yang memberangsangkan terutamanya dari pengunjung dari daerah sekitar negeri Kedah mahupun dari negeri lain.

Menurut beliau, Reruai Muzium Penjara Malaysia membawa tajuk ‘Keselamatan dan Peradaban Manusiawi ’- Evolusi Sistem Kepenjaraan, berfokus pada pemulihan dan reintegrasi.

“Reruai ini memaparkan realiti dan gambaran kehidupan di sebalik tirai besi terutamanya di dalam sel yang boleh menginsafkan dan mampu menyentuh hati para pengunjung, ”katanya kepada Wartawan SUARA.TV.

Turut dipertandingkan, Reruai Menepati Masa, Reruai Kreatif, Reruai Terbaik Keseluruhan, dan Hadiah Khas Media Sosial.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Majlis Makan Malam Penutup FHMAPK 2025 di Frazel Expo & Convention Hall, dekat sini pada Selasa.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Kebudayaan & Keusahawanan Kedah, Dato’ Hj. Mohd Salleh Saidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Hj. Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Abdul Ghafar Yahya; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Kamarul Baharin A. Kasim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan), Dato’ Hj. Onn Jabbar@Jaafar; dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah (LMNK), Suhaidi Shukri.

Dalam pada itu, FHMAPK 2025 yang berlangsung pada 23 hingga 29 Julai 2025 di Muzium Padi, Gunung Keriang dekat sini telahpun melabuhkan tirainya dengan catatan sekitar 104,547 pengunjung.

FHMAPK 2025 dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui JMM dan LMNK disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran, bengkel, seminar, aktiviti tradisional dan program seni budaya bukan sahaja memperkaya ilmu, malah menyatupadukan rakyat melalui warisan sejarah negara. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat