Hanya DAP boleh bantu Muhyiddin jadi PM semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan hanya berpeluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi sekiranya melakukan pusingan U dengan berpakat dengan DAP dan membeli ahli-ahli Parlimen untuk lompat parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi bagaimanapun berkata, rakyat tidak akan lupa “kerajaan gagal 1.o”.

Malah katanya, sedangkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diterajui Muhyiddin pun lembap, mana mungkin rakyat akan benarkan “kerajaan gagal 2.0”.

“Muhyiddin pujuk (Datuk Seri) Shafie Apdal supaya sokong dia kembali jadi Perdana Menteri. Muhyiddin dakwa dia ada 119 ahli Parlimen yang menyokongnya. Mesti termasuk DAP, ini u-turn namanya.

“Pokoknya, Muhyiddin boleh kembali jadi Perdana Menteri jika dia buat u-turn cium mulut dengan DAP dan beli ahli Parlimen untuk lompat parti,” kata ADUN Rengit itu.

Kalau sudah cukup nombor kenapa tidak berani tekan butang, soal Puad.

“Betul tidak betul angka itu, Muhyiddin masih bernafsu besar untuk jadi Perdana Menteri.

“Dia sekali lagi akan jadi poster boy. Tetapi apa slogan baru yang sesuai? “Abahkau Pulihkan Malaysia”? bidas Puad di Facebooknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat