‘Duri dalam daging’ di Melaka perlu dihadap ke Lembaga Disiplin UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin UMNO didesak mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang didakwa sebagai ‘duri dalam daging’ cuba memecahbelahkan muafakat di Melaka.

Desakan itu disuarakan tiga ADUN UMNO dalam Parlimen Jasin mereka terdiri daripada ADUN Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh; ADUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar dan ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis.

Muhamad Akmal berkata, pemimpin yang terlibat tidak sepatutnya termakan dengan permainan persepsi dicetuskan pembangkang sehingga mengeruhkan keadaan.

Katanya, semua kenyataan dikeluarkan kumpulan itu adalah bersifat peribadi, meskipun mendakwa kononnya mewakili kepemimpinan peringkat bahagian.

“Sungguh sedih apabila fitnah yang dimulakan pihak pembangkang dikeruhkan lagi oleh individu-individu dalam UMNO sendiri yang mendakwa mewakili jawatan utama.

“Itu hanya bersifat peribadi dan tidak pernah sama sekali dibincangkan apatah lagi diputuskan oleh Biro Politik UMNO Bahagian Jasin, justeru kami menggesa agar individu ini dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin,” katanya memetik Utusan di Melaka.

Ditanya mengenai status hubungan mereka dengan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abd. Rahman yang tidak muncul bersama pada sidang akhbar berkenaan, Muhamad Akmal menyatakan, ia adalah hak individu dalam mengemukakan pendapat.

“Itu (pendapat Hasan) bersifat peribadi, sama ada sealiran atau tidak kita boleh fikirkan sendiri, tapi mana-mana individu (ahli) yang nak bercakap bersifat peribadi, silakan, kita tiada masalah. Tetapi jika nak mengatakan untuk mewakili bahagian, ia perlulah berlaku perbincangan dengan Biro Politik dan juga Mesyuarat UMNO Bahagian dan sebelum ini memang tidak ada langsung mesyuarat itu dijalankan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi rombakan membabitkan jawatan Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Kami tidak dimaklumkan (rombakan) dan tidak dibincangkan dalam pucuk pimpinan malah ura-ura mengenainya juga tidak kedengaran, namun apa jua keputusan parti, kita akan akur,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat