Program suntik inspirasi

- Advertisement -

SAMA seperti tahun-tahun terdahulu, pelbagai program menarik disediakan stesen televisyen untuk tontonan penonton sepanjang Ramadan ini.

Bagi stesen Awesome TV, sebanyak 50 program istimewa disediakan untuk sajian penonton dengan tema istimewa, Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya yang penuh makna.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, program menarik buat penonton ini akan mula disiar pada 3 April dengan pelbagai seleksi kandungan merangkumi genre keagamaan, telefilem, drama, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa.

“Tidak ketinggalan, keinginan penonton menyaksikan naskhah throwback klasik malar segar, sketsa, komedi, variasi dan bual bicara juga disediakan. Pendek kata, ada bermacam variasi yang boleh dijadikan pilihan tontonan.

“Ia bertepatan dengan situasi pergelutan pandemik Covid-19 selama dua tahun ini yang penuh kekangan. Tapi, peralihan ke fasa endemik mulai 1 April ini amat disambut baik.

“Awesome TV berharap Ramadan dijalani kali ini juga dapat dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti ibadah yang begitu dirindukan,” katanya.

Menurut Ezzan, tema dipilih juga khas untuk menerajui kempen Ramadan Awesome TV tahun ini kerana membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekali gus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia.

“Awesome TV sentiasa komited dan mengambil langkah proaktif dalam menyediakan sajian program menarik merangkumi pelbagai genre khas untuk tatapan masyarakat Malaysia yang pastinya mempunyai citarasa berbeza.

“Lebih istimewa lagi, kami juga tidak lupa melakukan kolaborasi amal bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) bagi menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Menerusi kerjasama itu, Awesome TV menyumbangkan sebanyak 15 unit permaidani eksklusif dari Masjidil Haram, Mekah untuk dihadiahkan kepada 15 buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang.

Sehubungan itu, antara drama menarik disediakan untuk Ramadan ini ialah Antara Ikhlas dan Kaca yang menghiasi slot Dramatix dari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Diikuti, drama Sudin Dah Kaya! lakonan Datuk Awie, Zalif Sidek, Umar Dzariff dan Marissa Yasmin untuk slot Dramedi dari Khamis hingga Ahad, jam 9.30 malam.

Mengisi slot Ohsem Tele pada Ahad, jam 10 malam pula menampilkan beberapa telefilem istimewa Ramadan seperti Permintaan Terakhir, Pak Pokok Ketapang dan Hud yang dibintangi barisan pelakon berkaliber tanah air.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat