Bukan cuma Malaysia, semua negara tiada tambahan kuota haji -Idris

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menter Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad tampil menjelaskan kerungsingan ‘headline’ daripada beberapa petikan akhbar mengenai tiada penambahan kuota haji.

Jelas Idris, ia bukan hanya melibatkan negara kita semata-mata, tetapi semua negara yang bakal menghantar jemaah haji, dan penantian untuk melaksanakan ibadah ini pada tahun ini.

“Ketika saya menghadiri lawatan kerja rasmi di Saudi, jelas memperlihatkan pemulihan yang sedang berlaku selepas fasa pandemik yang begitu memberi kesan terhadap pelaksanaan haji dan umrah yang menjadi tunjang ibadah bagi umat Islam di seluruh dunia.

“Saya dibentangkan dengan pelbagai maklumat yang terperinci di pihak Kementerian Haji sepanjang persidangan di sana.

“Pada masa yang sama, pihak Konsulat Malaysia dan Tabung Haji membawa rombongan kami melawat di pelbagai tempat dan segala perjalanan yang berkaitan dengan Rukun Haji dan saya berpeluang melihat sendiri bagaiaman Kerajaan Saudi sedang dan berusaha dengan sangat baik bagi mempersiapkan segala keperluan bagi menyambut jemaah Haji yang kelak bakal hadir sebagai tetamu Allah dan menunaikan Rukun Islam yang tertangguh dalam dua tahun akibat wabak COVID-19.

Namun katanya, hakikat yang perlu kita ketahui, masih banyak lagi operasi yang secara langsung melibatkan industri di sana tidak beroperasi sepenuhnya, seperti pembukaan hotel dan rumah penginapan, restoran dan tempat makan dan minum dan beberapa lagi operasi perniagaan yang tidak dibuka sepenuhnya lagi.

Ujar beliau bagi mereka yang telah menunaikan umrah, pasti sedar situasi yang sedang berlaku di sana.

“Saya telah dimaklumkan masih tiada kuota yang khusus yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Saudi kepada semua negara yang bakal menghantar jemaah haji pada tahun ini, namun pelaksanaan ibadah haji akan tetap di teruskan dan pastinya ianya adalah berita gembira buat umat Islam di seluruh dunia.

“Maka, bagi pemakluman kuota ibadah Haji, pihak Tabung Haji akan sentiasa menantikan perkembangan positif daripada Kerajaan Saudi untuk kita umat Islam di Malaysia bersedia menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Pastinya saya mengharapkan kuota ini sama ada kekal (seramai 32,000 orang) seperti sebelum ini, atau ianya boleh ditambah, supaya boleh memberi lebih banyak peluang kepada umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT,” jelas Idris dalam catatan di Facebooknya pada Khamis.

Tambah beliau, adalah lebih baik umat Islam berdoa semoga urusan rukun Islam kelima ini dipermudahkan.

“Teruskan berdoa, dan berharap kepada Allah SWT agar Allah memanggil kita sebagai tetamu-Nya pada tahun ini.

“Dengan prestasi yang cukup membanggakan oleh Tabung Haji terhadap pengurusan jemaah Haji, sehingga menjadi ‘benchmark’ di rantau Asia dalam pengurusan ini, saya optimis ibadah haji bagi umat Islam di Malaysia adalah satu rahmat yang kita nantikan dengan penuh sabar dan redha,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat