Cari kelompok pendengar baharu

- Advertisement -

WALAUPUN terpaksa menempuh pelbagai cabaran, Yana berjaya menjenamakan dirinya semula dengan menggunakan nama pentas yang baharu.

Tidak lagi menggunakan nama sebenarnya Shalma Eliana ketika di awal kemunculan, Yana yang baharu muncul ini sudah mula mencuri perhatian serantau selepas melancarkan single bahasa Inggeris pertama berjudul Your Loss.

Terbaharu, Yana kembali dengan lagu bahasa Inggeris berjudul I Need U, lagu yang ditulis di dalam bilik tidurnya sendiri untuk meluahkan penghargaannya terhadap mereka yang disayangi.

“Lagu ini muncul ketika saya berada di satu tahap yang paling rendah dalam kehidupan dan teman sayalah yang membantu untuk melalui fasa itu. Ia membuatkan saya sedar betapa pentingnya kehadiran serta sokongan rakan ketika itu dalam membantu saya untuk bangkit semula,” katanya.

Digubah dan ditulis oleh Yana sendiri di bawah nama asalnya Shalma Eliana, ia juga diterbitkan oleh penerbit yang kian meningkat naik, SeaTravel.

 

YANA bersama keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan.
YANA bersama keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan.

 

“Lagu yang menjelaskan kepentingan sistem sokongan ini ditujukan buat rakan-rakan saya dan ia juga hadir dengan video muzik (MV) hebat yang dirakam di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia menunjukkan betapa kita semua saling memerlukan. Malah, kawan-kawan rapat saya turut muncul dalam MV ini dan itu memudahkan proses kerana kami tidak perlu membuat sebarang lakonan. Semuanya adalah semula jadi.

“Saya juga mahu semua orang sedar bahawa hidup kita sangat beruntung dengan pelbagai nikmat walau ada cabarannya. Jadi, ia sangat penting untuk kita menghargai semua ini dalam melihat keindahan dunia,” katanya.

Pastinya, Yana mengharapkan single bergenre balada itu mendapat tempat di hati pencinta muzik tanah air.

“Hasil lagu ini memenuhi jangkaan dan harapan saya jadi saya harap pendengar akan menyukainya dan saya juga harap akan dapat menemui kelompok pendengar yang baharu. Semoga semua orang mampu menghargai serta merasai maksud lagu ini,” katanya.

Lagu I Need U sudah berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 25 Mac lalu serentak dengan video lirik yang ditayangkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat