Penyalahgunaan kad SIM, termasuk kad SIM asing, bagi tujuan jenayah dan penipuan dalam talian, 50 SIM Box dan 5,000 kad SIM dirampas – MCMC

CYBERJAYA,  – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memandang serius penyalahgunaan peralatan telekomunikasi, termasuk peralatan SIM Box dan kad SIM, yang digunakan bagi tujuan jenayah serta aktiviti penipuan dalam talian.

Menurut MCMC, peralatan SIM Box dan penggunaan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan oleh sindiket jenayah untuk mencipta akaun palsu dalam talian secara besar-besaran, memintas kawalan keselamatan platform digital, selain memudahkan pelbagai kegiatan penipuan dan jenayah siber.

Dalam satu operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan baru-baru ini di Kajang, sebanyak 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad SIM serta kelengkapan berkaitan telah dirampas bagi tujuan siasatan.

Operasi dan siasatan berkenaan diterajui sepenuhnya oleh pihak PDRM, manakala siasatan oleh MCMC dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

MCMC menjelaskan, penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM secara pukal membolehkan penjenayah mencipta akaun palsu untuk menjalankan penipuan dalam talian dan jenayah siber lain, sekali gus membahayakan keselamatan pengguna serta menjejaskan integriti rangkaian komunikasi negara.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, MCMC menegaskan bahawa penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM untuk tujuan mencipta akaun palsu dalam talian merupakan ancaman serius kepada keselamatan komunikasi dan keselamatan negara. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi turut digesa supaya memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM bagi menjamin keselamatan digital negara.

MCMC turut memberi jaminan akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM serta agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi, mencegah kegiatan jenayah siber dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa. 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat