KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari yakin Pas akan menampilkan calon untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai Pengerusi yang baharu.
Ujar beliau, tidak semestinya Presiden parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh menggembleng kekuatan parti-parti yang ada di bawah Perikatan Nasional.
“Saya yakin Pas akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui Perikatan Nasional sebagai Pengerusi yang baharu.
“Tidak semestinya Presiden parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh menggembleng kekuatan parti-parti yang ada di bawah Perikatan Nasional.
“Pastinya rombakan akan dilakukan terhadap organisasi Perikatan Nasional bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Menurut Fadhli, Tan Sri Muhyidin Yasin telah menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional berkuatkuasa 1 Januari 2026.
“Satu tindakan yang bijak dan tepat oleh Tan Sri dalam situasi PN memerlukan momentum baru menjelang PRU16.
“Tahniah Tan Sri Muhyidin Yasin atas sikap terbuka beliau. Selamat bekerja Pengerusi Perikatan Nasional yang baru,” ucap Fadhli.



