Mesyuarat PAS tergendala susuna peletakan jawatan Muhyiddin

KUALA LUMPUR — Mesyuarat pimpinan tertinggi PAS yang dijadualkan berlangsung malam tadi dan diteruskan malam ini dilaporkan tergendala susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber, mesyuarat itu dirancang membincangkan kedudukan Muhyiddin dan hala tuju PAS dalam PN.

Sumber yang sama memaklumkan dalam mesyuarat semalam
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilaporkan tidak bersetuju dengan desakan supaya Muhyiddin berundur daripada jawatan tersebut.

Beliau menganggap isu kepimpinan PN adalah hal kecil yang boleh diselesaikan secara perbincangan.

Namun, pendirian itu dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti pemimpin kanan PAS dalam mesyuarat berkenaan.

Keadaan itu dipercayai mencetuskan perbincangan semula di peringkat tertinggi PAS, termasuk implikasi politik susulan peletakan jawatan Muhyiddin terhadap kestabilan PN serta hubungan antara parti-parti komponennya.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penangguhan mesyuarat tersebut atau pendirian muktamad parti terhadap peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat