Kos elektrik naik dorong guna solar – Kenanga Investment Bank

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025, demikian menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, bank pelaburan itu berkata, langkah itu akan mendorong nilai perolehan kontrak dalam tangan kepada paras tertinggi sepanjang masa bagi pemain kejuruteraan solar, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Menurutnya, pendorong utama termasuk kontrak EPCC bernilai RM2.4 bilion daripada Program Tenaga Hijau Korporat 800 megawatt (MW), dengan pengiktirafan pendapatan mulai suku pertama 2025 dan kontrak EPCC pusingan bidaan solar berskala besar (LSS5) kelima bernilai RM5 bilion yang dijangka diberikan dalam tempoh sama.

Kenanga Investment Bank berkata, sebahagian pemenang bidaan LSS5 telah diumumkan, dan menjangka Solarvest Holdings Bhd adalah antara syarikat yang belum diumumkan sebagai pemenang bidaan itu.

Walaupun pembida telah disenarai pendek baru-baru ini, Suruhanjaya Tenaga belum mengumumkan pemenang atau julat bidaannya yang dijangka disebabkan sensitiviti masa, kata bank pelaburan itu, lapor Bernama.

“Inisiatif ini yang dijangka mengekalkan pertumbuhan sektor berkenaan sehingga 2028, selaras dengan penurunan harga panel berikutan lebihan bekalan, meningkatkan margin kontraktor EPCC solar, dan mendorong pelaburan dalam sistem tenaga solar.

“Kami mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor ini, disokong pelaksanaan yang teguh bagi inisiatif tenaga boleh baharu oleh kerajaan dan penambahan peruntukan kuota solar,” kata Kenanga Investment Bank.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat