Amanah dan Bersatu, tak halang ahli sertai himpunan solidariti Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) setakat ini tidak menghalang ahli-ahlinya untuk menyertai perhimpunan solidariti buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman Putrajaya pada Januari depan.

Ketua Pemuda Amanah Mohd. Hasbie Muda berkata, parti itu menyerahkan kepada ahli-ahlinya berhubung perkara tersebut memandangakn ia adalah hak setiap ahli.

“Saya jawab (berkenaan arahan untuk turun perhimpunan) dari Amanah (setakat ini) tiada ada apa-apa arahan sama ada kerahan untuk turun atau halangan agar jangan turun.

“Terserah kepada ahli-ahli kerana itu hak masing-masing.

“Mungkin ada yang nak pergi untuk meninjau atau memberikan sokongan tanda solidariti. Terserah,” katanya di Facebook malam tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengarahkan ahlinya berhimpun bagi ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari depan, bermula pukul 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Surat itu dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti tersebut.

Menurut Takiyuddin, himpunan berkenaan diadakan bagi menunjukkan solidariti bersama bekas Najib dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung titah adendum melibatkan tahanan rumah.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata, parti itu juga tidak menghalang ahli-ahlinya daripada menyertai perhimpunan solidariti buat Najib tersebut.

Menurut beliau, himpunan itu selaras dengan prinsip menjunjung kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat