PM Menghadap Sultan Johor, TMJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor 10.30 pagi tadi.

Perdana Menteri ke-10 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 9.55 pagi dan disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudiannya tiba di Istana Bukit Serene 10.30 pagi dan seterusnya mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor. 

Terdahulu, baginda tiba pukul 9.34 pagi dan turut berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tiba 10 minit kemudian.

Lapor RTM, pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam 25 minit dan beliau kemudian ke Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru bagi bertemu masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu.

Ia merupakan kunjungan hormat dan lawatan kerja pertama selepas menjadi Perdana Menteri.

Kali terakhir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ke Johor adalah pada awal November lalu bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden PKR itu juga pernah mengadap Sultan Johor di Kuala Lumpur, tiga hari selepas dilantik menjadi Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat