Tok Penghulu Antara Lima Ditahan Positif Dadah

Setiausaha PKR Cabang Kampar Umum Keluar Parti

IPOH - Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan...

Kampung Orang Asli Batu 6 Di Perak Dikenakan PKPD Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di Batang Padang, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai...

11 Kematian, 4,008 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR - Negara kembali merekodkan kes harian melebihi angka 4,000 pada Rabu, selepas 4,008 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor...

‘Semua produksi ‘shooting’ luar ibu kota, balik segera’

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencadangkan kepada syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan...

‘Tolong berhenti merendahkan sesiapa!’ – Kavita

Pelakon Kavita Sidhu, 49, mengakui terkilan dan sedih terhadap isu tular mengenai kecantikannya yang dibandingkan dengan pelakon veteran Norlia Ghani, 72. Menurut Kavita, perbandingan yang...

ALOR GAJAH – Harapkan pegar, pegar makan padi!

Itu perumpamaan yang sesuai diberikan apabila seorang penghulu dan empat rakannya dicekup selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Paya Datok, Alor Gajah di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia 48 hingga 63 tahun itu ditahan ketika sedang melepak di bahagian luar rumah, sekitar jam 2.50 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pasukan serbuan menjumpai kira-kira 15 liter disyaki air ketum di dalam 15 bungkus plastik lutsinar di atas meja di rumah berkenaan.

“Rumah tersebut milik rakan penghulu itu dan serbuan dilakukan oleh Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah selepas menerima maklumat awam.

“Selain menemui 15 bungkusan dipercayai air ketum itu, penghulu yang berusia 48 tahun dan empat rakannya juga didapati positif dadah jenis ganja dan methamphetamine,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut turut mendapati penghulu terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah pada tahun 2015.

Selain itu, pasukan serbuan juga turut menjumpai 20 batang pokok ketum yang ditanam di bahagian belakang rumah tersebut.

“Salah seorang suspek yang tinggal di rumah berkenaan mengakui telah memproses daun ketum itu sebelum menghasilkan airnya.

“Sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk ditahan, suspek berkenaan telah secara sukarela mencantas kesemua pokok ketum itu,” tambahnya.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Setiausaha PKR Cabang Kampar Umum Keluar Parti

IPOH - Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan...

11 Kematian, 4,008 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR - Negara kembali merekodkan kes harian melebihi angka 4,000 pada Rabu, selepas 4,008 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor...

Tak Perlu Kecamuk Dalam UMNO, Sampai Masa Pilihlah Pemimpin Yang Disukai – Tok Mat

KUALA LUMPUR - Sekian lama bungkam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersuara mengulas ribut melanda parti. Menurut beliau tidak perlu membiarkan parti berkecamuk...