Terpulang Pilihan Sendiri Untuk Tidak Makan Daging Import – Menteri

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

KUALA NERUS — Umat Islam mempunyai pilihan sendiri untuk tidak memakan daging import khususnya lembu sekiranya mempunyai keraguan status halal daging tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Sepertimana yang disebut dalam hadis, tinggalkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan. Sebab itu saya sendiri telah pergi ke dua tempat (kilang menyimpan daging beku) dua hari lepas untuk memastikan daging import yang benar-benar ikut piawaian dan garis panduan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim yang dilapor menyarankan umat Islam menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.

Zulkifli berkata ia merupakan pandangan dan saranan oleh Zamri sebagai satu ikhtiar atau ‘jalan berhati-hati’ yang boleh dipilih umat Islam sekiranya mereka mempunyai keraguan terhadap status halal daging import.

Bagaimanapun katanya pihak yang berkaitan dengan isu ini termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun memberikan penjelasan yang sebaiknya bagi meredakan keresahan dan keraguan masyarakat Islam.

Timbalan Menteri (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid dalam satu program semalam berkata tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal dan masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli berkata masih terlalu awal bagi pihaknya memutuskan untuk melakukan rombakan secara besar-besaran terhadap Jakim.

“Ini terlalu awal untuk kami katakan apa-apa, saya lebih suka menambah kualiti dan kebaikan…kami akan melihat dengan lebih meluas lagi dari pelbagai aspek. Seperti yang saya katakan kita akan kerjasama dengan beberapa pihak dan kemas kini SOP (prosedur operasi standard) Jakim dan beberapa yang terkait dengan cara import daging dan pelaksanaannya. Insya-Allah kita akan tengok dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu Tun Hanif Omar yang dilapor mencadangkan Jakim dirombak secara besar-besaran, bertujuan untuk melantik mereka yang lebih kompeten, berkebolehan dan berintegriti untuk menerajui jabatan itu. — Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...