Shalin, Nicol, Pandelela Kongsi Kejayaan Dan Kegagalan Dalam Karier

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....

KUALA LUMPUR – Bergelar atlet juara, bukan sekadar keseronokan dilingkari kegemilangan dan kegembiraan meraih kemenangan tetapi juga harus bijak menangani kegagalan, kekecewaan dan pengorbanan.

Pemain boling wanita tersohor Malaysia Shalin Zulkifli, bekas legenda skuasy Datuk Nicol David dan ratu terjun negara Pandelela Rinong hari ini berkongsi kisah kejayaan mereka dan juga bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang sukan terbaik negara.

Setelah dinobatkan Anugerah Olahragawati Malaysia tiga kali pada tahun 1997, Shalin yang ketika itu berusia 20 tahun menjadi harapan tuan rumah memenangi pingat emas Malaysia pada Sukan Komanwel 1998 tetapi hanya sekadar meraih perak dalam acara beregu wanita (bergandingan dengan Lai Kin Ngoh).

“Memenangi perak sudah cukup baik, tetapi kerana saya terlalu memikirkan emas dan menghadapi banyak tekanan dan harapan, saya merasakan itu adalah satu kegagalan. Oleh itu, selepas itu saya berehat, memutuskan untuk menyusun dan menyesuaikan semula keutamaan saya…saya melanjutkan pelajaran dalam sains sukan di Universiti Malaya.

“Saya fikir itu adalah keputusan terbaik dalam hidup saya kerana bila belajar di sana, saya faham kenapa saya perlu lakukan perkara tertentu dan kenapa ia mesti dilakukan dengan cara tertentu. Ia menjadikan saya seorang atlet yang lebih baik dan membolehkan saya bertahan lama,” katanya dalam sesi webinar bertajuk “Wanita dalam Sukan 2020: One In A Million” anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).

Dalam webinar yang dihoskan bekas pemain skuasy Sharon Wee, Shalin turut bersyukur atas kelonggaran dan peluang buat atlet wanita mengejar impian mereka di negara ini, sesuatu yang tidak dapat dinikmati di beberapa negara.

Sementara itu, bekas juara dunia lapan kali, Nicol berkata untuk membangunkan lebih ramai bakat muda bergelar bintang dalam bidang sukan, jurulatih di peringkat negeri harus turun padang, mengunjungi sekolah untuk menggalakkan pelajar aktif bersukan.

“Kita mempunyai ramai yang berbakat dan mereka teruja untuk ke depan tetapi tidak diberi peluang. Mudah-mudahan lebih banyak program disusun untuk peringkat sekolah, bukan hanya kelas pendidikan jasmani kita tetapi memberi peluang kepada pelajar untuk bermain sukan dan mencuba bakat mereka dalam perkara yang berbeza.

“Sekarang kita hanya tunggu untuk kemunculan seseorang. Bila bakat ini dikesan di MSN atau persatuan negeri, sudah terlambat untuk digilap. Mudah-mudahan dapat jejak mereka di peringkat sekolah,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu sambil merujuk kepada Pandelela sebagai contoh bakat yang dibangunkan dari sekolah.

Mengimbau kembali beberapa cabaran yang dihadapinya, Nicol berkata merangkul kejuaraan Skuasy Wanita Dunia buat kali kelapan dan terakhirnya pada 2014, termasuk menewaskan beberapa pemain Mesir di tanah air mereka sendiri, kejayaan yang amat istimewa baginya.

Berkongsi ceritanya, pemenang pingat Olimpik dua kali Pandelela berkata kariernya dalam sukan terjun bermula pada usia lapan tahun apabila jurulatih datang ke sekolah rendahnya mencari bakat muda untuk sukan akuatik.

“Jurulatih menjelaskan mengenai sukan terjun dan hakikat ia adalah Sukan Olimpik. Jadi saya tertarik dan mahu mencuba… Kemudian secara beransur-ansur saya sedar, saya tidak takut pada ketinggian (untuk melompat dari platform) berbanding pelajar lain. Meraih beberapa pencapaian dalam negara sebelum memberi tumpuan kepada sukan terjun,” katanya.

Menjelang usia 15 tahun, anak jati Kuching itu sudah pun bersaing di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk penampilan sulungnya, tetapi menimba pengalaman daripada kegagalan itu untuk melakar kejayaan, menghadiahkan pingat sulung negara dalam acara terjun, 10 meter platform wanita pada edisi London 2012.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sathianathan Harap Kerajaan Benar Liga-M 2021 Berlangsung

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021...

Messi Digantung Dua Perlawanan

BINTANG Barcelona, Lionel Messi akan terlepas perlawanan LaLiga di antara pasukannya dan Elche malam esok selepas gagal dalam rayuannya daripada digantung dua perlawanan. Penggantungan Messi...

Klopp Tak Akan ‘Menangis’

LONDON: Jurgen Klopp berjanji tidak akan "menangis seperti budak lima tahun" jika Liverpool gagal memberikan pemain dimahukannya pada pasaran perpindahan Januari. Skuad Klopp yang dilanda...