PH Terbuka Bekerjasama Dengan Parti Lain Tapi Harus Patuh Pada Prinsip Gabungan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad asalkan patuh kepada prinsip gabungan parti itu.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mana-mana pihak yang diundang untuk bekerjasama dengan pakatan berkenaan tidak harus membawa agenda peribadi atau meneruskan ‘kebobrokan’ lama mereka.

“Itu terserah kepada PH (mengundang Dr Mahathir menyertai PH). Siapa pun kita boleh undang tapi (perlu) patuh kepada prinsip gabungan PH,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku ‘100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008-2011’, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada perancangan PH untuk mewujudkan gabungan besar politik pembangkang akan melibatkan penyertaan Dr Mahathir dan parti lain.

“Ini perkara pokok harus kita tangani… apakah perubahan yang kita usulkan mampu beri keyakinan kepada rakyat bahawa kita lebih serius untuk menyelesaikan masalah pemacuan ekonomi, keadilan bagi rakyat dan mengatasi masalah kemiskinan,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat