Zainora Zainal dilantik Ketua Eksekutif CIDB baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Zainora Zainal dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuatkuasa pada 28 November 2024 menggantikan Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria yang telah bersara wajib.

CIDB dalam kenyataannya memaklumkan, surat pelantikan jawatan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di pejabatnya di sini.

“Zainora sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif II (Pembangunan), dan telah berkhidmat selama 26 tahun di CIDB.

“Antara jawatan yang telah disandangnya termasuk Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengurus Besar Bahagian Persekitaran Bisnes & Bahagian Antarabangsa,”kata kenyataan itu.

“Beliau terlibat di dalam pelbagai jawatankuasa yang bertanggungjawab membangunkan polisi, program dan standard berkaitan industri pembinaan,”katanya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat