Adun PH Minta Maaf Selepas Gelar Adun Veteran BN Sebagai ‘Burung Tua’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang ADUN veteran Barisan Nasional (BN) hari ini menegur seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) supaya lebih beradab ketika berucap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, lapor FMT.

Memetik laporan itu, Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) membuat teguran itu selepas ADUN Taman Templer, Sany Hamzan menggelarnya “burung tua”.

“Nasihat pertama kita boleh bercakap, tapi jangan singgung perasaan, saya boleh maafkan, tapi tidak boleh terima tuduhan sebagai burung tua. Saya dah berumur, tapi adakah wajar kita menuduh,” katanya dalam sidang DUN.

Ekoran teguran tersebut, Sany kemudian mengakui keterlanjurannya dan memohon maaf kepada Shamsudin.

“Terima kasih, saya sebenarnya sudah maafkan sebelum (Sany) mohon maaf lagi, tapi saya tidak akan lupa, perasaan kita perlu jaga, saya ingin menjelaskan supaya apa yang berlaku semasa kempen pilihan raya umum biarlah ia jadi sempadan,” kata Shamsudin.

Menurut laporan itu, semalam, Adun PH itu menggelar Shamsudin “burung tua” kerana wakil rakyat BN itu tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah ketika berucap di DUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat