Bekas Presiden China Jiang Zemin Meninggal Dunia

- Advertisement -

BEIJING – Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia hari ini pada usia 96 tahun, lapor media tempatan.

Zemin berkuasa selepas insiden Dataran Tiananmen, di mana tentera China menggunakan kekerasan yang membawa maut untuk menamatkan pemberontakan.

Badan-badan utama Parti Komunis China mengumumkan kematian mendiang menerusi sepucuk surat yang meluahkan ‘kesedihan mendalam’.

“Jiang Zemin meninggal dunia disebabkan penyakit leukemia dan beberapa kegagalan fungsi organ di Shanghai pada pukul 12.13 tengah hari (waktu tempatan) pada 30 November 2022 (hari ini), pada usia 96 tahun,” demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Tambah laporan tersebut, Zemin meninggal dunia selepas menemui kegagalan dalam beberapa rawatan perubatan. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat