Beberapa Kawasan Di KL dan Selangor Dilanda Banjir Kilat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan hampir tiga jam, petang tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor dan ibu negara, dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang mengalami banjir kilat adalah di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak, Jalan Syed Putra, Jalan Maharajalela, Jalan Raja Chulan (Muzium Telekom), Jalan Raja, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak dan Jalan Damansara.

Banjir kilat berikutan hujan lebat bermula kira-kira jam 3 petang itu juga membabitkan beberapa kawasan di sekitar Kajang, Semenyih dan Sepang.

Menurut laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL), banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Lokasi air bertakung di beberapa kawasan sekitar Pusat Bandar. Berhati-hati memandu, jalan licin,” katanya.

Sementara itu sebuah rakaman video dipercayai di Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK Highway) berhampiran Sungai Ramal Luar menunjukkan kenderaan tersangkut selepas air tiba-tiba naik di laluan itu.

Ia menyebabkan kenderaan termasuk penunggang motosikal terpaksa berhenti di lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan sehingga beberapa kilometer.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata berlaku limpahan air sehingga paras lutut di kilometer 25.6 SILK mengakibatkan laluan tidak dapat dilalui.

“Ia menyebabkan tiada laluan dapat dilalui sebarang kenderaan ringan, namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat