Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

- Advertisement -

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat antara RM3,000 hingga RM3,500 setan metrik berbanding jangkaan RM348 juta tahun ini.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kutipan hasil tersebut tidak mustahil sekiranya harga MSM kekal berterusan pada paras melebihi RM3,000 setan metrik.

“Jangkaan hasil sebanyak RM348 juta bagi tahun ini adalah anggaran peningkatan harga MSM bermula sejak Jun.

“Kita berharap dengan pengeluaran dan permintaan serta keadaan cuaca yang baik, adalah tidak mustahil ia boleh mencecah sekitar RM500 juta tahun depan, ketika negara menghadapi cabaran ekonomi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pada 2019, hasil kutipan cukai untung luar biasa berjumlah RM256,000.

Dalam sidang media itu, Ahmad Jazlan berkata India diunjurkan akan terus mengimport minyak sawit mentah dari Malaysia pada tahun depan dengan pertumbuhan sebanyak dua angka.

Ini didorong oleh pengurangan duti kastam ke atas MSM oleh India kepada 27.5 peratus daripada 37.5 peratus pada 27 Nov 2020.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020, eksport minyak sawit ke India berjumlah 1.97 juta tan dengan nilai RM5.15 bilion.

Sejak Jun 2020, permintaan dari India mula meningkat ekoran pertambahan stok di negara berkenaan dan permintaan yang mulai pulih kesan pelonggaran perintah berkurung dan keadaan ekonomi yang beransur baik.

Dalam pada itu, berikutan pelaksanaan baharu Arahan Ses (Cukai Khas) 2020 oleh MPOB yang dijadual berkuatkuasa pada 1 Jan 2021, beliau berkata perkara tersebut masih dalam peringkat kajian dan perbincangan.

“Kutipan Arahan Ses ini kita pilih pada masa yang sesuai, contohnya ketika minyak kelapa sawit berada pada paras tertinggi semenjak tempoh lapan tahun.

“.. dan kutipan Ses (secara sekali beri RM5) kita pulangkan semula untuk kelestarian industri sawit dan kemampanannya untuk kekal berdaya saing, bukan untuk simpanan MPOB.

Menurut Ahmad Jazlan, hasil kutipan Ses ini sebenarnya tidak mencukupi bagi pengurusan MPOB secara keseluruhan, kerana ia perlu diagihkan kepada Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), iaitu entiti berasingan yang menjalankan aktiviti dan kempen berkaitan sawit.

Arahah Ses 2020 MPOB yang baharu menetapkan pembayaran tambahan sebanyak RM5 ses setiap tan MSM dan minyak isirung sawit mentah (CPKO) yang dihasilkan, melebihi jumlah keseluruhan semasa sebanyak RM14 satu tan MSM yang dihasilkan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat