YWP Perkukuh Agenda Pendidikan & Kebajikan Melalui Sumbangan Zakat Cagamas, CSR DBKL

KUALA LUMPUR, — Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus komited memperkukuh agenda kebajikan dan pendidikan rakyat menerusi pelbagai inisiatif bantuan kepada golongan B40 dan asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada Majlis Penyerahan Skim Bantuan Makanan Sekolah Menengah, Skim Dermasiswa TVET, Skim Bantuan Awal ke IPT dan Skim Khairat Kematian YWP yang berlangsung di Dewan Masjid Jamek Kampong Bharu hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed, menzahirkan penghargaan kepada Cagamas Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas sokongan berterusan dalam menjayakan program zakat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) YWP.

Cagamas Berhad melalui Jawatankuasa Zakatnya menyerahkan RM200,100 bagi membiayai dua program utama RM100,100 untuk Skim Bantuan Makanan Sekolah Menengah melibatkan 260 pelajar dari 20 sekolah di Wilayah Persekutuan, dan RM100,000 bagi Skim Dermasiswa TVET yang menampung 10 peserta asnaf menjalani latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara dengan jaminan kerjaya selepas tamat pengajian.

DBKL pula menyalurkan RM4,000 bagi Skim Khairat Kematian kepada empat waris ahli Skim Prihatin dan RM39,200 bagi Skim Bantuan Awal ke IPT untuk 56 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Beliau turut menyeru lebih banyak agensi kerajaan, syarikat korporat dan NGO untuk bersama-sama memperluas impak zakat dan CSR dalam pelbagai bentuk termasuk latihan kemahiran, pembangunan modal insan dan teknologi.

Majlis berkenaan turut dihadiri wakil Cagamas, DBKL, guru penyelaras, penerima bantuan serta komuniti setempat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat