Ismail Sabri turut meriahkan sambutan Deepavali

- Advertisement -

BRICKFIELDS – Mantan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkunjung ke Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan sambutan Hari Deepavali yang akan disambut oleh komuniti Hindu di seluruh negara esok.

Beliau disambut Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan dan pemilik kedai Bollywood iaitu Datuk Haji Mohammad Rafi yang meluangkan masa kira-kira sejam melawat kedai menjual pakaian Bollywood dan Raaji Silk Palace di Little India.

“Setiap kali musim perayaan Hari Deepavali, saya pasti akan berkunjung ke Little India bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan sambutan Deepavali yang akan disambut esok.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu di seluruh negara. Raikan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.” kata Dato’ Sri Ismail Sabri

Tambah beliau, pengunjung yang hadir hari ini terdiri daripada pelbagai kaum, melambangkan semangat Keluarga Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat