60 Peratus Calon BN Pahang Muka Baharu – Wan Rosdy

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang (BN Pahang) berkata calon-calon BN Pahang adalah terdiri 60 peratus muka baharu.

Katanya lagi, muka-muka baharu adalah terdiri dari Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera BN Peringkat Bahagian Cameron Highlands, di sini, pada Ahad.

“Calon-calon BN Pahang terdiri 60 peratus muka baharu terdiri dari Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Mungkin calon BN Cameron Highlands P078 dan N02 Jelai muka yang sama.” ujarnya.

Dalam pada itu, “track record” BN Pahang pasca PRU-14 sangat baik.

Pahang telah berjaya mengutip hasil pendapatan negeri yang konsisten tahun demi tahun sebanyak RM1.027 bilion setakat 6 Oktober 2022.

Jelas Wan Rosdy, kutipan hasil ini telah berjaya mencapai 99.13 peratus sasaran.

Mengenai hutang kerajaan negeri Pahang, Wan Rosdy menjelaskan, kerajaan negeri telah berjaya mengurangkan hutang daripada RM3.31 bilion kepada RM952.2 juta ringgit.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri, kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional penjawat awam negeri menerima Bantuan Khas Kewangan satu bulan setengah gaji, katanya lagi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat