Wan Rosdy Lancar ‘Flag Off’ Misi Penghantaran Bekalan Keperluan Bencana Monsun Timur Laut

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy melancarkan ‘Flag Off’ Misi Penghantaran Bekalan Keperluan Bencana Monsun Timur Laut Ke Pangkalan Hadapan Bagi Negeri Pahang di Kg. Kuala Medang, Lipis.

Jelas Wan Rosdy, program flag off ini adalah simbolik kepada siri misi penghantaran keperluan bekalan bencana kesemua 156 Pangkalan Hadapan di seluruh Negeri Pahang.

”Saya telah melancarkan ‘Flag Off’ Misi Penghantaran Bekalan Keperluan Bencana Monsun Timur Laut 2022/2023 Ke Pangkalan Hadapan Bagi Negeri Pahang di Kg. Kuala Medang, Lipis.

“Program flag off ini adalah simbolik kepada siri misi penghantaran keperluan bekalan bencana kesemua 156 Pangkalan Hadapan di seluruh Negeri Pahang.” ujarnya.

Dalam pada itu kata Wan Rosdy lagi, Kerajaan Negeri Pahang telah menyusun pelbagai langkah dan persediaan untuk menghadapi musim Monsoon Timur Laut.

“Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan bagi meminimakan masalah dan kesan banjir serta bencana alam.

“Antaranya ialah penyediaan fasiliti seperti pembelian bot amfibia, pembinaan Pusat Pemindahan Banjir Kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian instrumen sistem amaran awal banjir, serta pembelian bot menyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu selain mengadakan kursus dan penerangan kepada mereka yang terlibat di kawasan banjir.

”Perancangan yang pre-emptive, teliti dan sistematik ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kebajikan mangsa bencana.” Katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat